Thursday 21 August 2014

PEGANG ERAT TANGANKU 

 kita mesti kena tahu apa maksud "pegang erat tanganku" ..banyak maksud boleh kita tafsirkan antaranya adalah kita sama berpimpin tangan bersama sama ke syurga "

macam mana nak berpimpinan tangan ke syurga bersama sahabat dan keluarga ??

ok kita bg hint

ok macam mna ?? first sekali mestilah kena bercinta dengan Allah dulu barulah allah buka /sebarkan cinta kita kerna allah kepada keluarga  dan sahabat kita

macam ada seorang kakak tu pernah kata :

"untuk bina hubungan dengan manusia ..first sekali bina hubungan dengan allah pastu baru terbina hubungan dengan manusia dan juga mesti ditambah dengan iman ;)"

memang mudah tapi susah utk lakukan ..kalau bercinta dengan manusia susah x ? x susah pun  ..tengok skli dah jatuh cinta .herm. kalau bercinta dengan allah pulak? susah jugak la ..tapi ingat benda yang susah memang membahagiakan 

(nyanyi)lalalala  cintakan manusia akan mati ..cintakan bunga akan layu ..cintakan Allah kekal selamanya ..itulah cinta cinta yang hakiki oh yeah (wink2)

Wednesday 20 August 2014

bismillah ...

alhamdulillah

sekarang hampir sebulan lebih aku berada di malaysia ...
pelbagai suka duka yang berlaku ..adakala kerna kelalaian dunia aku terjatuh ...aku lupa ke esa annya ..terlupa dunia yang hanya debu  tanpa aku sedari kiamat sedang tunggu ..semakin jauh ku dariMu
kau makin dekat pada ku ...kasihmu pada hamba ... melimpah ruah

sedang fatrah cuti ini ..pelbagai benda boleh buat tp aku yang x ambil kesempatan
kerdilnya diri aku berbanding bumi di angkasa ... aku sedar tp tidak ambil tahu.. manusia ... mudah lupa ... kerna lalainya manusia ..syaitan mula hancurkan dunia ...

nak share sikit hadis ada dlm majalah muslim teens yang menarik hati..

daripada abu sa'id al khudri RA ,Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"setelah penghuni syurga masuk ke dalam syurga dan penghunu neraka masuk ke dalam neraka ,maka ALLAH berfirman :bebaskanlah orang yang ada iman di dalam dadanya (walau hanya sebesar biji sawi dari neraka .lalu mereka dikeluarkan dari neraka (tetapi) tubuh mereka hitam bagaikan arang .dengan itu mereka dilemparkan ke dalam sungai haya'..kemudian tubuh mereka berubah bagakan benih yang tumbuh sesudah banjir .tidakkah engkau melihat  benih itu tumbuh berwarna kuning dan berlipat lipat "
-hadis riwayat bukhari -



quote for today: kasih sayang Allah melimpah ruah ...

masya allah !!