dengan bismillah puisi tentang "siti khadijah "
kaulah lambang cinta sejati
srikandi pertama tika islam bermula
hatimu menyalakan keyakinan
hartamu membuktikan pengorbanan
tika rasul keseorangan kaulah teman
dia tersisih kau memilih
dia terbuang kau menyayang
kerana iman kau sanggup berjuang
siti khadijah namamu indah
qudwah hasanah teladan ummah
tika rasul terpinggir
kaulah insan terhampir
siti khadijah mujahidah solehah
agung jasamu di persada sejarah
pemergianmu ditangisi nabi
hingga kini tiada pengganti
sunyi jalan menuju tuhan
menggamit hati mencari teman
indah jalan menuju allah
jika teman sperti "khadijah"
No comments:
Post a Comment