Tuesday 31 December 2013


asalamualaikum..
alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan

alhamdulillah , dlm 3 minggu ni ana ada exam nihaie , mengharapkan segala yang terbaik ,dan mengharapkan doa yang terbaik,yang paling penting doa mak ayah  ,



 spanjang sekolah di sni memang banyak sangat pengalaman , nak cerita kat orang tapi x tau macam mna ... macam tulah , menulis lagi faham dari bercerita kut... kan ..  :) insya allah ,ana akan cuba nak cerita kan :)



Bagi yang bukan bangsa arab yang bersekolah di sini , sangat mencabar, tidak boleh digambarkan begitu mencabarnya ..cewah .tapi dapat banyak pengalaman yang begitu menginsafkan diri ...

kat sni setiap pagi ,akan pangil semua orang, waktu belum start perhimpunan utk solat dhuha bersama sama , lepas itu belajar , apabila bunyi azan zohor ,kitorang diberi masa utk bersiap siap utk solat berjamaah skli di depan kelas , setiap hari waktu perhimpunan ,setiap murid yang ditugaskan ke hadapan akan baca al fatihah sama sama , baca al quran, hadis , dan lain lain lgi , sangat unik sekolah islam kat sni kan... dan  x lupa pada exam .. exam memang x henti henti tapi sebenarnya memang utk kebaikan ...more practice make more perfect kan betul x?

yang ana paling kagum, orang arab di sekolah ana ni,diorang sangat berani dan suka menolong orang ... kalau kita x paham ,diorang tolong ajrkan , kalau x tau,diorang tolong beritahu, masya Allah ...


waktu nak start exam ,cg akan ingatkan  kpada murid muridnya ,sebelum mula baca doa ya..kalau lupa istighfar ..insya allah boleh ingat .. :') ,sekolah di bumi syam ni mereka sangat mendidik anak muridnya tentang semangat hammasah .dan mengingati allah dan rasul . tapi x semua murid yang terus masuk jadi baik.. maksudnya " khutuwah bil khutuwah " (selangkah demi selangkah ). maksudnya kena ada step by step ... islam pun mcam  tu ,kalau kita nak smpai ke ustiazatul alam .kita pun perlu ada plan step by step yang tersusun ... 

kalau sampainya bulan ramadhan ke raya aidil fitri ke raya aidil adha ke , cg akan edar kan kertas kepada murid murid .tentang .apa maksud hari itu ,apa yang perlu kita buat  waktu tu.apa yang kita perlu baca...macam tu lah ...

i.a apa yang kita share ni semoga diberi manfaat dan boleh kita mempraktikan ..insya allah

dan insya allah akan update lepas exam pulak ^_^ doakan yang terbaik :)

Thursday 5 December 2013

asalamualaikum,,

alhamdulillah



BILA BERSENDIRIAN 

bila bersendirian
jangan rasa kesepian
walau tanpa teman
kita tetap diperhatikan

dalam gelap atau terang
ada mata yang sentiasa jaga 
melihat perlakuan dan rasa
mencatat dosa atau pahala       

bila bersendirian 
jangan katakan "aku sunyi"
sebaliknya selalu bisikkan di dalam hati 
pada diriku sentiasa ada pemerhati disisi

bila bersendirian
teruji keikhlasan
tanpa kejian atau pujian 
apakah terus ada kesetiaan 
berfikir dan berzikir
 dengan tulus kesunyian


dimana Dia di hatiku ? ustaz pahrol juoi 

nasihat untuk ku jua.. kadang kadang kita memang rasa bersendirian ...x ada kawan..x ada teman 
saya pernah merasakannya .. memang sedih sangat ,rasa macam x ada apa yang dapat buat kt dunia ni tapi kena selalu ingat allah maha melihat , allah maha mendengar . allah sayang kan hambanya  :')
ada seorang kakak ni dia bagi kata kata yang saya ingat sampai sekarang :

 "janganlah kamu bersedih kerana tiada kawan ,kerana ramai lagi yang ingin berkawan dengan mu ,
tetapi ,bersedihlah jika allah x memandangmu kerna tiada siapa yang dapat menolongmu di dunia dan di akhirat nanti "


mesti senyum ..dan bersyukur ..allahu 
 ok mesti strong! hehe ^_^


Saturday 16 November 2013

asalamualaikum w.b.t

KEHIDUPAN


 Alhamdulillah tinggal satu lg exam .. insya Allah khair,

cita cita menajdi doctor semakin membuak walaupun belum ambil bidang tu,
sebab makin lama makin minat ,


walaupun ana  sekarang masih remaja, dan belajar di tempat yang asing dan selalu ada cabaran menganggap kehidupan ini seolah olah kita sudah besar daripada umur sebenar ...
duduk dengan orang besar
belajar dengan orang besar 
dan berfikir macam orang besar 

membuatkan kita lebih matang 

imbas kata kata ayah ana waktu nak hantar ana kat sni..
"kakak kena duduk sini dengan kakak kakak uni nnti kakak cepat matang dan cepat berfikari  macam orang besar"

 waktu tu ,
sedih nak tinggal ibu ,ayah 
sedih sangat 

kalau dalam fatrah exam memang kita sangat perlukan support mak ayah ,suppport kawan kawan tapi yang penting mak ayah...

teringat lagi kawan ana pesan waktu fatrah exam ... 
telefon la mak ayah nnti suruh doakan supaya dapat yang terbaik ,doa ibu dan ayah ni sangat mustajab 
kadang kadang ada orang tu walaupun dia dapat skit dalam exam pastu mungkin lepastu cg tambah markah ..kita pun x tahu kan benda tu boleh jadi ..kuasa allah '_*



kalau boleh kita kalau berjauhan ngan mak ayah , kita mesti selalu coll mak ayah supaya support kita dalam apa jua keadaan yang paling penting...
doa...

alhamdulillah, allah permudahkan segala kemudahan pelajaran ... ada kawan utk belajar ada orang yang tolong kita dalam pelajaran buat study group , ada orang cari cg sendiri untuk belajar 

ada mak ana cakap ...
kakak sangat beruntung ... ada kwan yang tolong kakak yang sama sama boleh beljar ,allah dah susun yang baik baik untuk hamba hambanya...

tersenyum

kadang kadang ana rasa macam x dapat apa yang orang lain dapat ,dan rasa nak dapat mcm semua orang dapat , 

astaghfirullah,, allah dah tetapkan kepada semua hamba hambanya sbb allah tahu semua tentang kita dari awal sampai akhir 

kena muhasabah balik


mari muhasabah...
 ada tengok ayat ni...

"kalau kita x bersyukur yang sikit ,apatah lagi yang banyak"

 mari muhasabah..

insyaallah ...

sangat rindu keluarga ,
adik adik 
.......






Sunday 3 November 2013

UJIAN
asalamualaikum...

alhamdulillah ,segala puji bagi allah

ALHAMDULILLAH ,harini dah selesai exam math ..ya allah nikmatnya!! ...bukannya nikmat habis exam math tapi nikmat belajar math yang sebelum ni memang x minat langsung seriously -_-..tapi alhamdulillah di sebabkan imtihan ni aku jadi minat,bukan minat satu je minat semua mata pelajaran ,semoga istiqomah ye amin...walaupun agak tension jugak sbb banyak imtihan ..yelah banyak kena hafal ,banyak kena ingat bukan senang tapi pelukan pengorbanan ..

Pengalaman belajar subjek dalam bahsa lain agak mencabar tapi mengajar ana banyak perkara yang mematangkan diri,melalui dugaan dalam hidup yang perlu berdikari sendiri


Kadang kadang terfikir sbb tension sangat nak putus asa & rasa nak down pastu teringat kata kata ni ..."jangan putus asa, Allah murka" takut sangat dengan kemurkaan Allah ,ana kena cuba ,cuba dan cuba lagi,

terjumpa ayat ni dalam buku (di mana Dia di hatiku -ustaz pahrol)

"sesungguhnya jalan mujahadah itu adalah jalan kita ,di jlan itu ,sering berlaku diolog dalam diri,apabila susah melanda kita merintih ,apabila godaan datang kita cuba bertahan ,apabila nikmat menjelma ,kita lega tapi tidak lama sukar pun datang kita cuba sabar "


kalau tension menangislah untuk keluarkan "ketensionanmu" dalam diri ..in syaa allah lepas menangis akan terasa suatu beban telah terlepas dan in syaa allah pasti lega


dalam masa tu kita kena juga mintak kat allah



dengan QIAM ...
in syaa allah kita cuba sama sama 

"ALLAH ALWAYS THERE IN GOOD TIME OR BAD"



Saturday 2 November 2013

Asalamualaikum segala puji bagi allah ,
yang mengurniakan segala nikmat kepada hamba hambanya ..


Setiap remaja akan merasakan setiap suka dan duka ingin berkongsi dengan orang yang rapat apabila berjauhan beribu ribu batu,

Setiap remaja yang sedang belajar erti berdikari sebenarnya memerlukan masa untuk berubah sepenuhnya.. tapi ramai orang  tak faham hati kita(remaja) ...
kita bukannya ahli magician yang boleh buat magic tapi kebanyakan orang suka fikir macam tu ,kalau cakap sekali terus ikut , kadang kadang remaja hatinya memerlukan sesuatu yang lain kerna zaman remaja adalah paling istemewa dalam hidup kita

Dari pengalaman hidup sebagai remaja ,kadang kadang kita AKA sebagai "remaja" tak boleh meluahkan rasa hati sbb kadang kadang kita terkongkong dan kadang kadang kita merasakan tiada siapa yang dapat dengar luahan hati kita , apabila kita bersuara ...ada ke orang yang lebih tua nak dengar suara kita(luahan ) ?

Sebab kita x matang ?
Sebab x cukup umur ?
Sebab x dapat rasa bagaimana orang besar rasa?


Ketauhilah remaja ingin bersuara dan dengarlah luahan hati kita ,..tolong dengar sampai habis apa luahan kita sampai habis dan faham bagaimana situasi kita di tempat dia ?


Ramai yang remaja kat luar sana ..kebanyakan mereka begini ? begini? kenapa? sebab zaman remaja sekarang ingin merasakan ingin di support dan memberi kata kata semangat ...
 Jangan kita pandang dengan mata ! pandang dengan hati ....

Pengalaman ana ..adik adik ana yang agak nakal dan apabila seminggu ana duduk di  rumah  kadang kadang ana pun dah x larat nak jaga ,apabila dah sebulan duduk di rumah, ya allah banyak pengalaman ana boleh rasa hati hati mereka ..sebenarnya mereka perlukan kasih sayang dan perlukan support ... ingat ! setiap masa hingga mereka dapat berfikir untuk ke hadapan dan dapat hadapi apa pun halangan bila down ...



Jangan mentafsirkan dengan mata ! lihat dengan hati apa perasaan dia

REMAJA SEKARANG PERLUKAN SOKONGAN ANDA !

DUNIA tak akan maju tanpa remaja ..

luahan hati ......




Friday 18 October 2013

Bismillahirahmanirahim....



dengan bismillah   puisi tentang "siti khadijah "


kaulah lambang cinta sejati 
srikandi pertama tika islam bermula
hatimu menyalakan keyakinan 
hartamu membuktikan pengorbanan

tika rasul keseorangan kaulah teman
dia tersisih kau memilih
dia terbuang kau menyayang
kerana iman kau sanggup berjuang

siti khadijah namamu indah 
qudwah hasanah teladan ummah
tika rasul terpinggir 
kaulah insan terhampir

siti khadijah mujahidah solehah 
agung jasamu di persada sejarah
pemergianmu ditangisi nabi
hingga kini tiada pengganti

sunyi jalan menuju tuhan
 menggamit hati mencari teman 
indah jalan menuju allah 
jika teman sperti "khadijah"






Friday 27 September 2013

asalamualaikum...

ok sebelum antum baca belog ni nak x kita dengar ni ---- ^____^

sambil sambil baca ye...

alhamdulillah,  harini baru nak buat blog , first kali sebab ana nak buat belog ni kita boleh berkongsi dengan dengan ramai orang sebab dalam hadis nabi s.a.w ada sebut tau :) :

"sebaik baik manusia adalah orang yang bagi manfaat " 

waah ,best nya dengar ayat ni sebab semua orang nak jadi sebaik baik manusia kan kan ... jadi jom nak tak kita sama sama sharing- sharing . Sharing kan sunnah :)
dan ana nak muhasabah diri jugak ... ^_^

ok lah ,harini ana nak share tentang treng teng teng ..*bling bling*

"kalau sapa sapa nak berjaya dan bahagia ^___^ kita kena keluar dari zon yang selesa menuju zon mencabar  kerana ZON MENCABAR  itulah letaknya kemajuan " 


hemmm... ok sekarang kalau kita tengok kan .ramai yang tak mau keluar dari zon selesa sebab dari pandangan kita zon selesa tu la yang paling best in the world la katakan ... tapi zon mencabar lah buat kita dapat pengalaman yang baru ! kadang kadang kita nak sesuatu kan, contohnya kita nak dapat markah yang bagus dalam exam , tapi kita x baca buku (usaha) just relax ...nnti dah dapat markah exam x dapat yang diinginkan pastu kita ckap "redho jelah takdir  nak buat macam mana ", dahtu kalau x usaha  mcm mna nak dapat , "tapi ,x cukup masa la nak study " ,memang x cukup masa pun kalau setiap saat duduk depan komputer/makan/tidur/bangun/masuk tandas/tidur balik  ja .. macam tulah kita ..
gulp *__*
.ana pun pernah macam tu jugak so jom kita muhasabah diri



ha! sebab itulah maksudnya kita kena lalui pengalaman mencabar barulah dapat apa yang kita nak betul x?

satu lagi kita kenelah JANGAN PUTUS ASA ...INGAT!!!
  
"berhenti bermakna putus asa ,putus asa adalah satu sikap yang sangat dimurkai allah"

wow! takut kot dengar "DIMURKAI ALLAH " memang takut nnti sapa nak tolong kita ,masyaallah jauhilah kami dari kemurkaan mu, ya allah ... 


so!!! jangan putus asa sahabatku.. sebab allah selalu tengok kita ...best tau kita selalu diperhatikan sebab rasa diri lebih terjaga .. kalau rasa nak putus asa kita kena cuba  buat plan yang lain ..buat plan yang best-best sikit bagi semangat nak buat sesuatu kan ..


insyaallah nanti kita sambung pulak semoga apa yang ana sharing dapat manfaat amin ... ^______^