alhamdulillah
BILA BERSENDIRIAN
bila bersendirian
jangan rasa kesepian
walau tanpa teman
kita tetap diperhatikan
dalam gelap atau terang
ada mata yang sentiasa jaga
melihat perlakuan dan rasa
mencatat dosa atau pahala
bila bersendirian
jangan katakan "aku sunyi"
sebaliknya selalu bisikkan di dalam hati
pada diriku sentiasa ada pemerhati disisi
bila bersendirian
teruji keikhlasan
tanpa kejian atau pujian
apakah terus ada kesetiaan
berfikir dan berzikir
dengan tulus kesunyian
dimana Dia di hatiku ? ustaz pahrol juoi
nasihat untuk ku jua.. kadang kadang kita memang rasa bersendirian ...x ada kawan..x ada teman
saya pernah merasakannya .. memang sedih sangat ,rasa macam x ada apa yang dapat buat kt dunia ni tapi kena selalu ingat allah maha melihat , allah maha mendengar . allah sayang kan hambanya :')
ada seorang kakak ni dia bagi kata kata yang saya ingat sampai sekarang :
"janganlah kamu bersedih kerana tiada kawan ,kerana ramai lagi yang ingin berkawan dengan mu ,
tetapi ,bersedihlah jika allah x memandangmu kerna tiada siapa yang dapat menolongmu di dunia dan di akhirat nanti "
mesti senyum ..dan bersyukur ..allahu
ok mesti strong! hehe ^_^
No comments:
Post a Comment