Monday, 31 July 2017

Bahagia itu cinta

Lagu: Hakikat Bahagia(Unic)

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan


Manusia ,Ujian dan Bahagia

Dalam surah Al -Balad ayat :4

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia ini sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran”

Manusia, diciptakan dalam keadaan susah payah.yupp !! tidak dinafikan, sulit dan susah. Itulah yang pasti akan kita lalui dalam hidup kita.

Hidup itu memang tempat kita diuji dengan semua keadaannya. Sebab itu,banyaknya peringatan Al-Qur’an tentang kehidupan..supaya kita tidak la terkejut dengan bencana, musibah, dan ragam masalah hidup yang akan datang . dan kita sebenarnya dah boleh prepare dah pun tapi tulah kita selalu sangat yakin yang kita ni akan hidup esok . eh ?!. hehe

Jadi dengan itu, manusia ni sentiasa la  berusaha untuk mencari kesenangan ataupun kebahagiaan untuk melengkapkan hidup mereka .Contohnya , apabila kebahagiaan diletakkan pada pangkat ,kita berusaha bekerja dengan gigihnya .Apabila kebahagiaan diletakkan pada  pointer yang tinggi ,kita belajar bersungguh untuk dapat dekan .Apabila kebahagian diletakkan pada kekayaan ,kita bekerja sekeras kerasnya untuk memilikinya dan sebagainya , dan apabila mereka sudah dapatkan apa yang diutamakan  , ,adakah mereka sudah menemui bahagia? Jeng jeng jeng.

Hmm…

Mendefinasikan hidup bahagia ni sangatlah mudah dengan kata kata & mudah disusun dengan kalimat. Ramai yang mendefinasikan hakikat bahagia ni dari sudut pandangan masing masing. Ahli ekonomi mendefinasikan dengan ilmu ekonomi , ahli kesenian pula  mendefinsikan dengan reka bentuk seni begitu juga yang lain .

Ada orang kata ,kebahagiaan itu bukan sebab banyaknya duit berkepuk kepuk tersimpan  dalam rumah, namun lebih dari itu adalah dari besarnya penghambaan diri kepada Allah, tidak meminta pada manusia karana rasa cukup, dan penguasaan hati serta nafsu.

Ada juga yang kata  ,kebahagiaan adalah ketika ketika kita dapat melakukan sesuatu  untuk kebahagiaan orang lain. Subhanallah, lihatlah jiwa- jiwa yang ikhlas itu.,yang diciptakan oleh Allah untuk rasa berlapang dada dan mendamaikan hati saat ditimpa pelbagai ujian .dalam hati mereka sentiasa berbisik “, tidak apa jika membahagiakan org lain sebagai balasan , allah akn menguruskan kepentingan dan kebahagaian mereka suatu hari nanti “.

Tapi ,dengan definisi apapun, ternyata kebahagiaan hanyalah satu.  Haaaa..Kebahagiaan adalah karana Allah, bersama Allah, dekat dengan Allah, mengenalNya dan merasa memilikiNya dalam jiwa dan keseharian kita.

Surah Ar –Ra’d : 29
“orang –orang yang beriman dan beramal soleh ,beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik –baiknya “

Bahagia itu Cinta?

Haa berbalik pada beberapa rangkap lirik lagu atas tu ,

Lagu itu mengibaratkan kesan seseorang yang mengutamakan Allah dan agama dalam hidupnya maka dia telah dapat sesuatu kebahagian dalam hidupnya ,dimana setiap,  apa yg diuji sama ada sakit ,miskin ,susah dia tidak akan rasa berat dalam menghadapinya ,malah dia merasakan itu semua nikmat kepadanya . Selain itu, bila dia diuji dengan kesenangan, dia malah bersyukur dan tidak sombong .Itulah ciri –ciri yang Allah sayang . Nak Allah sayang tak? .

Jadi ,kenapa cinta?

Kerana bukti cintanya tuhan kepada kita ..Bukti kasih nya kepada kita,supaya kita merasa bahawa setiap apa yang berlaku dalam dunia ,setiap ujian ada penawarnya, ada penyelesaiannnya. Itulah cara tuhan bagitahu kita ,dia lah yang ciptakan masalah itu ,dan perlu kembali kepadanya untuk stiap penyelesaian .sweet kan Allah  J hehe.


Kesimpulannya ,saya nak ajak kawan kawan untuk kita cari dan rasa bahagia tu yang mana mengutamakan allah dalam setiap apa yang kita buat . Memang setiap dari kita mempunyai matlamat hidup masing masing tetapi ,apa kata kalau dalam setiap matlamat tu kita letakkan Allah yang paling tinggi , supaya bila berlaku apa apa .kita akan mudah berlapang dada ,tenang dan hati kita rasa dibelai dengan kasih sayang tuhan ,Bestnya J. kesannya bukan hanya pada kita , tetapi orang di sekeliling kita juga J jom #sebarkan bahagia .


fuhh  jetlag lagi ni ceh padahal katil ni haaaa salah apasal empuk sangat . hhahah tu lah bahagia sangat . haha

No comments:

Post a Comment